Blog Archive

Friday, July 24, 2015

e-filing , E-BE & pelepasan cukai

haha..the title itself dah mcm pelik jugak..tp saje je nk poyo..nk ckp pasal CUKAI je sbenanye. bila ckp pasal cukai, secare auto nye akan kait dgn LHDN. td pegi lunch ade kwn aku die membebel pasal cukai ni lah.. die lupe nk update column EPF, so die kene bayar and byk lah jugak kene byr compare kalau dia isi bhgian EPF tu, tros xyah bayar. Anggap je lah pengajaran utk kita sume termasok aku. yelah bnde ni setaun skali isi. skali nak isi hegeh2 tny cmne nk isi. pastu...hmpphhh..lupaaa..tmbh plak gaji da kene tolak tax..so..mmg kene isi utk mengelakkan kerugian.

hmm kepada yg clueless and still tercari2 cmne nk isi cukai ni haa...bolela bace smpai abes entry ni.harap2 bole nolong cket2. zaman skrg mmg xlah nk pegi kaunter nk pegi isi borang manually kan. kenape nk susah payah klo ade yg bole menyenangkan kita?  so..nk isi borang cukai boleh jugak tru online!

so before nk isi e-filing tu kenela register dlu sbg pembayar cukai klo x byr percuma ke cmne kire eh?

STEP A: Register e-Filing

step 1:


-login ke http://ekl.hasil.gov.my/ [untuk semak no cukai. biasanya no cukai akan start dengan SG....]




-Isi segala mak nenek details yg perlu di isi dalam tuh. makesure tau nombor majikan sbb ade column tny pasal no majikan tuh.

-Upload kad pengenalan .bg yg xde scanner bolela amik pix ic and upload.
tapi...kene pndai edit jugaklah sbb size perlu 40-60 kb and dlm GIF format sahaja. klo rs leceh tu scan la lg cpt kot. Seriously GIF format? mcm bsr je kan klo gune GIF. napela make it available for JPEG jugak. tsk...

-simpan NO PERMOHONAN. system akan kluarkan no permohonan. INI PENTING! sebabbb...once da detect ko da reg, mmg xbole nk register lagiii... xde option plak kalau lupe no permohonan ni. sbb ade one of my colleague tu lupe no permohonan ni laaa....then xle nk proceed. call2 LHDN as expected laa...xde org angkat dowww...maknenye kene pegi cwgn? menyusahkan! so simpan /tulis/printscreen ato ape2 lah yg korang boleh utk simpan no ni. lgpon kt screen tu ade ckp "akan dipaparkan sekali sahaja"



 Step 2:

utk semakan, kt main page tu ade option utk semak korang punye registration. dari sini korang dptlah no PIN korang tu




Step 3: 

-login to e-filing 
-klik login kali pertama


 -then klua utk isi no PIN. guna no PIN yg disediakan td [step2]



 

 -lastly, boleh la isi details yg di perlukan 
 

-save and exit


setel dah part korang nk register. tu baru nk start, blom abes lagiii woiih... next steps adelah...mengisi borang cukai itself 

STEP B:  Borang E-Be

sebelom isi korang kene taulah kategori mane cukai nk isi tu and korang perlulah menerima borang EA/EC dr majikan

 

Kat situ korang boleh tengok - 
Gaji - RM42,345.00, Bonus - RM22,345.00 , Allownces (Elaun) - RM14,382.00 dan Eletrik, air api (RM1,345.00), TOTAL: 80,417

So how to transcribe to Borang eBE / BE , (this one i used Borang BE, tapi lagi sekali same je isi kandungan e-BE or BE, yang beze adalah presentation)


dan BUKANNYER

 
Bahagian pelepasan:
 
part ni paling seronok sebab ape yg kita belanje boleh tolak dlm ni utk kurangkan bayaran cukai. contoh pelepasn ade mention dlm e-be tu. tapi yg ni xbole memandai2 sebabbb...klo nnt kene audit kang kantoi plak.. and ape2 resit yg diperlukan..kene simpan for 7 years yeee.... sbg bukti...gilelaaa..
so pas ni beli buku/mags/alatan sukan  simpan la resit tuuu.

berikut adelah senarai pelepasan:

Individu dan Sara Tanggungan - yang ni semu orang dapat RM8,000, tak kira lah korang menanggung 10 orang sekali pun, korang still boleh claim RM8,000 je. 
Perbelanjaan perubatan ibu bapa - harap maklum ya yang ni untuk ibu bapa sendiri. Ibu bapa angkat yang disahkan dan mintak maaf, bapak mak mertua tak boleh.. Maksimum RM5,000

Peralatan sokongan asas untuk sendiri / ibu bapa / suami / isteri / anak yang kurang upaya. Maksimum RM5,000. Adik beradik amat sedih sekali tak boleh..

Yuran pendidikan yang dibayar SENDIRI - RM5,000 maksimum, Sila rujuk ijazah ape yang boleh claim. Harap maklum yer, kalau-kalau majikan bayar untuk anda sambung belajar, No no no, anda tak boleh claim. dilarang sama sekali

Peralatan perubatan bagi penyakit yang sukar diubati sendiri / anak / suami / isteri  & dan full medical check up untuk isteri anak dan sendiri. keduany adalah RM5,000. Full medical check up adalah full yer, bukan bulan ni buat pap smear, bulan depan buat breast ultrasound, bulan pulak xray jantung.. bukan bukan bukan. yang ni but sekali arung untuk semua sekali

Buku dan majalah - maksimum RM1,000, tak termasuk PAPER 

Pembelian komputer - RM3,000, kalau kate korang beli komputer tak pun laptop tahun lepas, maksudnyer, korang boleh claim tahun lepas saje. rasenye boleh claim 2/3 tahun skali je.

SSPN - yang ni berapa banyak yang masuk yer.. bukan berapa banyak yang keluar.. :) RM3,000

Alatan sukan - sila gunekn ni sehabis baik :))) RM300

Faedah pinjaman perumahan -Maksimum RM10,000 Ini untuk sape2 yang beli rumah dari 10 Mar 2009 hingga 31 Dec 2010. Dengan syarat untuk satu rumah, rumah tu nak duduk sendiri bukan nak sewa dengan orang dan anda kene jadi warganegara Malaysia

Suami / isteri - RM3,000 Yang ni khas untuk isteri atau suami yang tak bekerja ye. Yang bekerja tak boleh claim. Lepas tu, kalau ade empat isteri pun boleh claim RM3,000 je yer.. bukan RM3,000 darab 4, kalau cam tu, semua laki suke kan :)

Anak -
RM1,000 - untuk anak berumur 18 tahun ke bawah
            - untuk anak 18 tahun ke atas yang masih belajar yang bukan buat diploma ataupun ijazah. Contoh macam belajar dekat Matriks, belajar A Level, ambil sijil

RM4,000 - untuk anak yang ambil diploma dan ke atas di Malaysia dan untuk anak  yang ambil ijazah ke atas di luar negara di Universiti yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

RM5,000 - untuk anak yang kurang upaya dan diluluskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Misal kate anda ada anak OKU, anda boleh claim RM5,000 BUKAN RM1,000 + RM5,000. 

EPF and  Insurans Nyawa- maksimum boleh claim RM6,000, jadi kalau EPF anda tu dah RM7,000 tak payah la mintak life insurance statement

Medical / Education insurance - Maksimum boleh claim RM3,000

Zakat - TAKDE MAKSIMUM. Tunaikan zakat ye...dpt saham akhirat dunia pon dpt untung jugak..:)

Thats all. kredit to: http://www.emmira.com atas panduan berguna ni. aku bace guide ni mmg clear n faham cmne nk isi e-be tu..klo x pening2 lalat and confuse wehh...

sooo.....pasni senanglah nk isi. ade panduan bg aku senang lah..n clear. stkt ni aku isi yg bhgian sempoi2 je. nk lebih details bole visit blog rujukan aku tu. 

adios!

p/s: klo x abadikan dlm blog ni...mmg lupa and xtau link mane nk rujuk coz sometimes guides yg ade is too confusing :P

No comments:

Post a Comment